Assalamualaikum...Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir(H1N1). Virus atau wabak ini membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka.Duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung(H5N1).
Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut?
Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih. Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh membawa pelbagai penyakit yang berbahaya pada jangka masa yang panjang.Di sini saya sertakan video yang memaparkan si pemakan daging ini di dalam perutnya ada cacing iaitu kesan daripada makan daging ini!
Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran selama ini. Saban hari angka kematian semakin meningkat akibat virus pada khinzir ini. Tidakkan kita berfikir bahawa kita umat yang paling beruntung?Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian?
Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:
"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang. Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?
Selasa, 2 Jun 2009
SELESEMA:PERINGATAN DARIPADA ALLAH S.W.T
Isnin, 25 Mei 2009
KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci.
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3. Kedua matanya menangis kerana
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki .
7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
PEDOMAN
Assalamualaikum..kali ini saya hendak berkongsi satu tips tentang cara makan yang baik menurut ahli-ahli perubatan Islam.
ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM
1. Makan hanya bila terasa lapar.
2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
3. Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan
tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang
dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim
untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa
makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan
fikiran perlu girang dan tenang.
6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh
mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung,
mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
9. Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah
dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik
pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
10. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian
yang bersih dan berwarna indah.
11.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
12. Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan 'hidup untuk makan' .
Selamat beramal........
Rabu, 20 Mei 2009
MUTIARA RENUNGAN UMMAH
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menongkat dagu.
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang membaca.
Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.
Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas.
Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
Umat Islam mesti bersatu hati bukan berhasad dengki.
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.
Umat Islam mesti bersyukur bukan kufur nikmat.
Umat Islam mesti berpandukan Al-Quran,Hadis,Qias,Itjima' dan Ijtihad,
kelak kita terselamat dunia dan akhirat.
Wallahualam...