? ??????????????Gorgeous Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (146 Ratings)??10 Grabs Today. 28587 Total Grab
s. ??????Get the Code?? ?? ?????Lighthouse on Shore? ????? ?????? ???Rating: 3.7 (44 Ratings)??10 Grabs Today. 10019 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Instal BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 14 Ogos 2009


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..pernah dengar nama Mustapha Kamal Attaturk?beliau adalah pemerintah Turki yang mengamalkan fahaman Sekularisme.

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) semasa memerintah Turki adalah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah
tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Amat Menyeksakan!!

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau
akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas
itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah
tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15
tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!"

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang
lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah
dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

Selasa, 2 Jun 2009

SELESEMA:PERINGATAN DARIPADA ALLAH S.W.T

Assalamualaikum...Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir(H1N1). Virus atau wabak ini membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka.Duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung(H5N1).

Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut?

Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih. Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh membawa pelbagai penyakit yang berbahaya pada jangka masa yang panjang.Di sini saya sertakan video yang memaparkan si pemakan daging ini di dalam perutnya ada cacing iaitu kesan daripada makan daging ini!

Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran selama ini. Saban hari angka kematian semakin meningkat akibat virus pada khinzir ini. Tidakkan kita berfikir bahawa kita umat yang paling beruntung?Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian?

Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:
"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang. Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?


Isnin, 25 Mei 2009

KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau;
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan
untuk kejahatan pula atau;
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci.
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3. Kedua matanya menangis kerana
penyesalan (terhadap dosa).
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada
kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa
memiliki sifat wara'.
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling
sayang-menyayangi.
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki .
7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

PEDOMAN

Assalamualaikum..kali ini saya hendak berkongsi satu tips tentang cara makan yang baik menurut ahli-ahli perubatan Islam.

ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM

1. Makan hanya bila terasa lapar.

2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.

3. Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."

4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan
tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang
dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim
untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa
makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan
fikiran perlu girang dan tenang.

6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh
mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung,
mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.

8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.

9. Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah
dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik
pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.

10. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian
yang bersih dan berwarna indah.

11.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.

12. Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan 'hidup untuk makan' .

Selamat beramal........

Rabu, 20 Mei 2009

MUTIARA RENUNGAN UMMAH

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menongkat dagu.

Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang membaca.

Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.

Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.

Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.

Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.

Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas.

Umat Islam mesti merenung bukan termenung.

Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.

Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.

Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.

Umat Islam mesti bersatu hati bukan berhasad dengki.

Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.

Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.

Umat Islam mesti bersyukur bukan kufur nikmat.

Umat Islam mesti berpandukan Al-Quran,Hadis,Qias,Itjima' dan Ijtihad,
kelak kita terselamat dunia dan akhirat.

Wallahualam...